Persiapan polis menjelang PRU15

Iklan
Sebahagian daripada 200 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kedah ketika melakukan simulasi ketenteraman awam sebagai persediaan awal untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku pada hari penamaan calon sempena Pilihan Raya Umum ke-15 Sabtu ini di hadapan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah hari ini. Ketua Polis Kedah Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata seramai 2,443 pegawai dan anggota polis Kedah akan ditempatkan di 15 pusat penamaan calon seluruh negeri bagi memastikan proses penamaan calon berjalan lancar. Ia turut melibatkan unit Pasukan Simpanan Bersekutu (PSP), Public Order Riot Unit (PORU) dan Light Strike Force (LSF). - Foto Bernama.