Emas powerlifting hadiah kahwin Nuraisyah

Iklan
Nuraisyah meraih pingat emas dalam acara powerlifting Para Sukma di Pusat Kecemerlangan Paralimpik Kampung Pandan pada Rabu. - Foto Bernama

KEJAYAAN mempertahankan pingat emas sukan powerlifting di temasya Para Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018, disifatkan cukup bermakna buat atlet para wanita Selangor, Siti Nuraisyah Sahrin.

Atlet berusia 19 tahun yang mengungguli kategori tidak melebihi 55 kilogram (kg) itu berkata, selain mengulangi pencapaian sebelum ini, ia juga hadiah perkahwinan paling manis buatnya yang mendirikan rumah tangga pada Januari lepas.

Iklan
Iklan

"Dah lama saya tak beraksi disebabkan pandemik, jadi gementar sedikit. Memang tak sangka kerana saya tak yakin boleh menang, tetapi hasil latihan saya berjaya mendapat keputusan seperti hari ini (Rabu)," katanya.

Aksi Nuraisyah dalam acara powerlifting bagi kategori wanita tidak melebihi 55kg. - Foto Bernama
Iklan

Pada aksi Para Sukma 2022 yang berlangsung di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan itu, Siti Nuraisyah meraih emas selepas melakukan angkatan 50kg.

Iklan

Pingat perak dimenangi wakil Johor, Eng Ling Li dengan angkatan 39kg,manakala gangsa milik Nuramirah Jamaludin mewakili Sarawak dengan angkatan 37kg. - Bernama