PRU15: Ustaz Kazim enggan ulas tarik diri sebagai calon

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Rabu.

IPOH - Pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias enggan mengulas mengenai tindakannya menarik diri sebagai calon BN di kerusi Parlimen Larut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sumber terdekat memaklumkan kepada Sinar Harian, Mohd Kazim yang lebih mesra dipanggil Ustaz Kazim itu mengambil pendekatan berdiam diri bagi mengelak terus berpanjangan.

Iklan
Iklan

"Buat masa ini, Ustaz Kazim belum mahu memberi komen mengenai keputusan menarik diri itu.

"Beliau ketika ini lebih selesa memberi fokus untuk meneruskan kerja-kerjanya (penceramah) sepertimana yang dijadualkan," katanya.

Iklan

BN Perak mengumumkan tokoh agama itu telah menarik diri pada saat akhir.

Perkara itu dimaklumkan sendiri Ustaz Kazim kepada UMNO Perak sekitar jam 1 pagi pada Rabu, tanpa memberitahu alasan sebenar.

Iklan

Susulan itu BN telah menamakan calon baharu iaitu Ketua Penerangan Pemuda UMNO Larut, Mohd Shafiq Fhadly Mahmud untuk bertanding di kerusi berkenaan.

Pencalonan Ustaz Kazim diumumkan sendiri Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Pengumuman Bakal Calon Parlimen BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Selasa.