Gambar pertama lubang hitam didedah

Iklan
Imej lubang hitam dari galaksi Messier 87 yang didedahkan buat pertama kali.

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Sebuah pasukan saintifik antarabangsa, semalam mengumumkan peristiwa penting dalam astrofizik, gambar pertama black hole atau lubang hitam menggunakan rangkaian teleskop global.

Penyelidikan dilakukan projek Event Horizon Telescope (EHT) sebuah kerjasama antarabangsa yang bermula 2012 cuba untuk memerhatikan persekitaran langsung lubang hitam.

Iklan
Iklan

Pengumuman itu dibuat serentak dalam sidang media di Washington, Brussels, Santiago, Shanghai, Taipei dan Tokyo.

Imej lingkaran cahaya mengelilingi lingkaran gelap itu mendedahkan lubang hitam di pusat Messier 87, sebuah galaksi besar di gugusan galaksi Virgo berhampiran.

Iklan

Lubang hitam itu terletak sejauh kira-kira 54 juta tahun cahaya dari bumi.

Difahamkan, penyelidik projek terbabit memperoleh data pertama pada April 2017 menggunakan telekskop di Arizona dan Hawaii serta Mexico, Chile, Sepanyol dan Antartika. - Agensi

Iklan