PRU15: Calon Warisan di Perlis terima watikah

Iklan
Calon Warisan bagi Parlimen Padang Besar, Ko Chu Liang (kiri) dan calon Parlimen Kangar, Rohimi Shapiee. - Foto Bernama

PADANG BESAR - Calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Warisan bagi Perlis - dua Parlimen dan sembilan Dewan Undangan Negeri (DUN) menerima watikah pelantikan pada Rabu.

Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal pada Selasa mengumumkan calon parti itu bakal bertanding di 52 kerusi Parlimen dan 16 kerusi DUN pada PRU15 dan ia termasuk dua kerusi Parlimen di Perlis iaitu Ko Chu Liang di Padang Besar dan Rohimi Shapiee di Kangar.

Iklan
Iklan

Calon kerusi DUN pula ialah Khaw Hock Kong di Titi Tinggi, Mohd Shamim M Nordin (Beseri), Mohamad Khair Mohd Noor (Bintong), Ko Chu Liang (Sena), Atan Jasin (Indera Kayangan), Muhamad Hairi Noordin (Kuala Perlis), Khairuddin Abdullah (Kayang), Mohd Khalid Ahmad (Pauh) dan Wan Noralhakim Shaghir Saad (Simpang Empat).

Pengerusi Warisan Perlis, Datuk Abdul A'zib Saad berkata, calon-calon yang diketengahkan terdiri daripada ahli perniagaan, ahli akademik dan wakil golongan muda yang dilihat berkemampuan membawa kemenangan kepada parti tersebut.

Iklan

Beliau berkata, Warisan di Perlis menggunakan pendekatan calon turun sendiri bertemu dengan pengundi dan bergerak dari rumah ke rumah berbanding mengadakan ceramah besar-besaran.

"Kita mendekati rakyat dan pengundi dan dari awal lagi kita tidak pernah himpunkan orang sampai beratus-ratus, memadai dengan lima hingga enam orang dan calon sendiri yang turun berjumpa, tiada ceramah digunakan,” katanya pada majlis penyerahan watikah di pejabat Warisan di sini hari ini. - Foto Bernama

Iklan