'Tidak halang sesiapa sahaja jadi ahli PN' - Muhyiddin

Iklan
Muhyiddin berucap pada Program Minum Petang bersama Jentera PN Hulu Terengganu di Kuala Berang pada Rabu.

HULU TERENGGANU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak menghalang siapa sahaja untuk menjadi ahli parti berkenaan ataupun Perikatan Nasional (PN).

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau mendapat tahu daripada sumber sahaja yang mengatakan penyandang kerusi Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa akan sertai PN.

Iklan
Iklan

"Saya dapat berita begitu, kita serah kepada kepimpinan Pas dan PN di sana (Kelantan) untuk bincang.

"Pada dasarnya kita tiada halangan (jadi ahli) cuma kalau nak bertanding itu cerita lain. Di kelantan pembahagian kerusi telah selesai," katanya pada Rabu, di sini.

Iklan

Tegasnya lagi, sesiapa sahaja mahu menjadi ahli, itu terpulang.

Sebelum ini, Annuar Musa memberi bayangan perjuangan politiknya akan diteruskan walaupun tidak terpilih menjadi calon BN bertanding di kerusi sama seperti diumumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Iklan

Katanya di laman media miliknya, dia masih ada landasan untuk terus berkhidmat atas jalan kebaikan dan kebajikan, terutama mengajak ke arah perpaduan dan penyatuan ummah.