Surat aku janji tular adalah palsu: Shamsul Anuar

Iklan
Surat aku janji tular adalah palsu: Shamsul Anuar

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pengarah Komunikasi BN, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah mengesahkan surat aku janji yang tular ketika ini sebagai palsu.

Tegasnya yang juga calon Parlimen Lenggong, tiada sebarang aku janji atau ikrar sedemikian dilakukan oleh partinya.

Iklan
Iklan

"Perkara ini nyata suatu usaha jahat daripada pihak tidak bertanggungjawab dan jelas ia perancangan memburukkan UMNO dan BN diketika musim Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

"Mohon rakyat Malaysia yang mendapat aku janji ini tidak terpengaruh dengannya.

Iklan

"Pihak saya amat kesal dengan permainan politik sebegini,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Rabu.

Sejak petang Rabu, tular kertas aku janji calon untuk kekal menyokong segala tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi termasuk mencalonkan beliau sebagai Perdana Menteri sekiranya BN memenangi PRU15.

Iklan

Kertas aku janji yang tular menggunakan kepala surat UMNO itu turut tertera nama Shamsul Anuar.