PRU15: Che Abdullah, Nik Abduh tidak tersenarai

Iklan
Dari kiri: Nik Abduh, Che Abdullah

KOTA BHARU - Teka teki nasib Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz akhirnya terjawab apabila kedua-duanya tidak tercalon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Status kedua-dua tokoh itu terjawab selepas nama mereka tidak diumumkan pada majlis pengisytiharan calon PRU15 PN Kelantan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad ke IV di sini pada Rabu.

Iklan
Iklan

Che Abdullah yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Tumpat akan digantikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demit, Datuk Mumtaz Md Nawi.

Kedudukan Nik Mohamad Abduh di Bachok pula digantikan oleh Mohd Syahir Che Sulaiman.

Iklan
Iklan