SHAH ALAM - Bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menegaskan tidak berbangkit soal Muafakat Nasional (MN) menyertai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) seperti yang hangat diperkatakan ketika ini.
Ini kerana katanya, gagasan itu bukan sebuah parti politik, sebaliknya adalah badan bukan kerajaan (NGO).