PEMAIN sensasi, Rafael Nadal ditunjukkan jalan keluar selepas tewas kepada pemain Amerika Syarikat (AS), Tommy Paul l 3-6, 7-6 (7/4), 6-1 dalam aksi pusingan kedua Paris Masters pada Khamis.
Nadal yang mendapat 'bye' sebagai pilihan kedua kejohanan beraksi perlawanan pertamanya dalam tempoh dua bulan selepas berehat di Mallorca bersama isteri dan bayi sulungnya.
Pemain berusia 36 tahun itu terlebih dahulu menang lima daripada enam perlawanan set pembukaan tetapi Paul bangkit di set kedua dengan memenangi tie-break.
Paul yang menghuni ranking ke-31 dunia itu kemudian mendominasi set ketiga untuk kemenangan terbesar dalam kariernya.
Nadal merupakan juara 14 kali Terbuka Perancis tetapi tidak pernah menang gelaran di Bercy.
"Banyak perkara berlaku sejak beberapa bulan lalu. Tetapi kami selalu mencari alasan dan akhirnya ia selalu sama. Anda bermain baik, anda menang, jika tidak anda tewas,” katanya.
Nadal berkemungkinan akan bertanding di pusingan akhir Jelajah di Turin pada 13 hingga 20 November.
Paul akan menentang Pablo Carreno Busta untuk memburu tempat ke suku akhir.