PRU15: Pemimpin parti tak dicalonkan perlu berlapang dada

Iklan
Mohamad ketika bercakap kepada media.

SEREMBAN - Pemimpin parti yang tidak terpilih sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dinasihatkan berbesar hati dan berlapang dada memberi peluang kepada pelapis baharu.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, rasa tidak puas hati setiap kali tibanya waktu pemilihan calon adalah perkara biasa yang berlaku pada semua pilihan raya.

Iklan
Iklan

"Kepada mereka yang tidak dicalonkan itu berbesar hatilah, beri peluang pula kepada pelapis kita yang mana dulunya telah membantu kita ketika dicalonkan atau diberi mandat untuk wakil parti," katanya.

Mohamad berjumpa dengan pemimpin parti BN sebaik tiba di Wisma UMNO Negeri Sembilan.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Penyerahan Watikah kepada calon-calon BN Negeri Sembilan di Wisma UMNO Negeri Sembilan pada Khamis.

Iklan

Menurut Mohamad, yang mengambil bahagian dalam pilihan raya adalah parti dan yang menubuhkan kerajaan juga adalah parti.

Tambah beliau, calon-calon yang dipilih oleh parti merupakan wakil BN yang akan menggalas cabaran pada PRU15.

Iklan

"Jangan kita 'tersangkut kaki' walaupun ada daripada calon pilihan kita tidak diberi tempat ataupun calon itu sendiri yang tidak dipilih.

"Ia merupakan sebahagian proses peremajaan parti BN dan setiap calon itu ada kelebihan masing-masing," katanya.