Shamsulkahar sah ganti Mohd Salim di Jempol

Iklan
Shamshulkahar (tiga dari kanan) bersama pemimpin MIC, turut kelihatan Pengerusi MIC Negeri Sembilan, Datuk L Manickam (dua dari kanan).

SEREMBAN - Teka-teki siapa calon BN yang akan bertanding di Parlimen Jempol dan Parlimen Kuala Pilah akhirnya terjawab pada Majlis Penyerahan Watikah kepada calon-calon BN Negeri Sembilan di Wisma UMNO pada Khamis.

Seperti dijangka, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Shamsulkahar Mohd Deli diumumkan sebagai calon Parlimen Jempol manakala Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan diumumkan calon Parlimen Kuala Pilah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Iklan
Iklan

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Ia berikutan kedua-dua kerusi berkenaan tidak diumumkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Pengumuman Bakal Calon Parlimen di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Selasa.

Iklan

Sebelum itu juga tular senarai nama calon BN Negeri Sembilan, bagaimanapun Setiausaha UMNO Negeri Sembilan, Mustafa Salim menafikannya.

Namun dengan tersebarnya senarai calon itu telah menyebabkan sebahagian pemimpin akar umbi Jempol menyatakan kekecewaan mereka selepas nama penyandang Parlimen itu, Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif tidak disenaraikan sebaliknya menamakan Shamsulkahar.

Iklan

Sementara itu, Shamsulkahar ketika ditemui pemberita berkata, pemilihannya sebagai calon adalah ketentuan ALLAH SWT yang merupakan satu amanah.

Beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serting berkata, percaya yang kepimpinan BN khususnya di Jempol di bawah kepimpinan Mohd Salim akan menyokongnya.

"Saya yakin dan percaya dengan semangat kesetiaan dan perjuangan beliau (Mohd Salim) akan memastikan jentera BN Jempol membantu bagi memastikan kemenangan kepada BN.

"Biasalah sebelum penamaan calon macam-macam yang akan berlaku dan ia tak dapat dielak di seluruh negeri. Tapi saya yakin dengan semangat jati diri dan kesetiaan ahli UMNO di Jempol sejak dulu hingga sekarang," ujarnya.

Beliau turut memberitahu akan terus meneruskan kecemerlangan Mohd Salim sebagai Ahli Parlimen Jempol tetapi dengan beberapa transformasi baharu.