HULU TERENGGANU - Pertembungan empat penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di kerusi Parlimen Hulu Terengganu tidak menggusarkan calon Perikatan Nasional (PN).
Penyandang Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata, beliau yakin rakyat di Parlimen itu bijak membuat pilihan.
"Saya yakin pengundi-pengundi di Hulu Terengganu ini matang. Orang Hulu Terengganu tahu memilih antara batu dan permata," kata Timbalan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu ketika sidang akhbar pada Khamis.
Terkini, terdapat seorang lagi calon di Parlimen Hulu Terengganu yang mewakili Gerakan Tanah Air (GTA), iaitu Mohd Khadri Abdullah.
Ia menjadikan perebutan kerusi itu melibatkan empat komponen parti seperti PN (Rosol), BN (Datuk Rozi Mamat), Parti Keadilan Rakyat, Alias Ismail dan GTA (Mohd Khodri).
Berbeza pada PRU14, Parlimen Hulu Terengganu hanya menyaksikan pertembungan tiga penjuru membabitkan BN, Pas dan Bersatu.