ARAU – Penyandang kerusi Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin mengesahkan bakal mengikut langkah Datuk Seri Shahidan Kassim untuk bertanding menentang calon BN bagi merebut kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Zahidi berkata, beliau nekad untuk bertanding menentang calon BN di Padang Besar, Datuk Zahida Zarikh Khan walaupun masih belum memuktamadkan akan bertanding atas tiket parti mana.
Iklan
Iklan
Zahidi menyifatkan UMNO kini berada dalam keadaan celaru apabila calon-calon berpontensi menang pada PRU15 disingkirkan dan digantikan dengan muka baharu.
Menurutnya, calon muka baharu yang BN tampilkan dijangka akan berdepan laluan sukar pada PRU15 berikutan perkembangan politik semasa pada masa ini.
"Kita lihat kalau peluang dia (Zahida) masa zaman UMNO kuat dulu mungkin cerah, tapi dalam situasi sekarang, peluang dia agak tipis.
"Akar umbi mungkin berbelah bagi dan menyebabkannya sukar untuk menang di sana kerana mereka mahukan anak tempatan menjadi wakil mereka,” ujarnya.
Artikel Berkaitan