BANGKOK - THAILAND . Dua orang dilapor maut manakala 16 yang lain mengalami kecederaan dalam kebakaran di sebuah kompleks beli-belah di Thailand, petang semalam.
Kebakaran terjadi di kompleks beli belah CentralWorld kira-kira jam 6 petang (waktu tempatan) dan dipercayai bermula dari tingkat lapan bangunan terbabit.
Iklan
Iklan
Pihak penyelamat dilapor terpaksa mengharung kesesakan lalu lintas untuk sampai ke kompleks yang turut menempatkan hotel dan premis pejabat di kawasan sekitarnya, yang terletak di persimpangan paling sibuk di Bangkok.
"Seorang mangsa dilaporkan maut di lokasi kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia di hospital," kata jurucakap pusat Kecemasan Perubatan Erawan.
Ekoran kebakaran itu, ratusan orang terdiri daripada pengunjung kompleks berkenaan diarah keluar dan dibawa ke kawasan selamat.
Sementara itu, Gabenor Bangkok Aswin Kwanmuang memberitahu wartawan, kebakaran telah berjaya dikawal dan bangunan tersebut akan ditutup sehingga siasatan berhubung punca kebakaran selesai dijalankan.- AFP
Artikel Berkaitan