Pencemaran udara semakin buruk di ibu negara India

Iklan
Tahap pencemaran udara di kawasan ibu kota India, Delhi pada Khamis semakin teruk. - Foto EPA

NEW DELHI - Tahap pencemaran udara di kawasan ibu kota India, Delhi pada Khamis semakin teruk, kata para pegawai.

Menurut Lembaga Kawalan Pencemaran Pusat (CPCB), indeks kualiti udara (AQI) keseluruhan kekal dalam kategori teruk pada 442, lapor Xinhua.

Iklan
Iklan

Kualiti udara teruk dengan bahan pencemar yang ketara adalah jirim zarahan dengan saiz (PM) 2.5 dan PM 10, kata CPCB.

Maklumat itu diterima dari stesen pemantauan yang dibuka di seluruh Delhi.

Iklan

Pakar mengatakan PM 2.5 adalah zarah halus berdiameter 2.5 mikron atau kurang dan boleh memasuki saluran pernafasan sehingga ke paru-paru dan aliran darah.

Pegawai kesihatan telah menasihatkan orang ramai, terutama mereka yang menghidap penyakit pernafasan di Delhi untuk meminimumkan pendedahan di luar sehingga kualiti udara bertambah baik.

Iklan

Doktor berkata, kualiti udara yang teruk turut memberi kesan kepada orang sihat dan impak yang lebih serius kepada mereka yang menghidap sakit paru-paru.

Menurut CPCB, bacaan AQI antara 0-50 dianggap 'baik', antara 51-100 'memuaskan', antara 101-200 'sederhana', antara 201-300 'rendah', antara 301-400 'sangat rendah', dan antara 401- 500 'teruk' dan melebihi 500 sangat teruk dan cemas.

Pencemaran udara semakin buruk di Delhi terutama semasa musim sejuk. Kemerosotan kualiti udara berpunca daripada kelajuan angin yang perlahan dan pembakaran tangkai tanaman di ladang-ladang negeri jiran.

Ibu kota India, Delhi adalah antara bandar paling tercemar di dunia berikutan aktiviti perindustrian, lalu-lintas kenderaan selain pembinaan yang berleluasa.

Laporan menyebut beberapa penduduk melaporkan kesukaran bernafas, dengan warga tua dan pelajar sekolah paling teruk terjejas.

Sebuah sekolah swasta terkemuka menggantung kelas secara fizikal untuk pelajar di cawangannya di Delhi dan Haryana memandangkan kualiti udara yang semakin merosot dan akan mengadakan kelas dalam talian mulai Jumaat, kata saluran berita televisyen tempatan NDTV/

"Ini berlaku sehari selepas Suruhanjaya Kebangsaan bagi Perlindungan Hak Kanak-kanak menggesa Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal supaya menutup sekolah sehingga kualiti udara bertambah baik," kata NDTV. - Bernama