KUCHING - Dua kes Covid-19 subvarian Omicron XBB telah dikesan melibatkan seorang pengembara yang memegang pasport Amerika Syarikat dan seorang individu yang baru pulang mengerjakan umrah.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti, Universiti Malaysia Sarawak Prof Dr David Perera kepada beliau hari ini.