SHAH ALAM - Enam jalan ditutup melibatkan Parlimen Shah Alam dan Kota Raja bagi memastikan aliran trafik berjalan lancar sempena hari penamaan calon pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kesemua jalan terbabit akan ditutup dan dilencongkan untuk kawalan keselamatan di pusat penamaan dan proses penamaan calon.
Menurutnya, tarikh penutupan melibatkan 4 November sehingga 5 November antara jam 10 malam hingga 5 petang.
"Selain itu, antara jalan lain yang terlibat adalah Jalan Gelora 19/46 sehingga Jalan 19/45, Jalan Nelayan A 19/A dan Jalan Nelayan 19/B," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Katanya, sementara itu penutupan jalan bagi Parlimen Kota Raja melibatkan Jalan Sungai Terap 32/173 dan Jalan Kemuning Damai 32/151.