PRU15: Ezam tanding di Petaling Jaya atas tiket PRM

Iklan
Ahmad Jufliz (depan, empat dari kanan) bersama barisan calon-calon PRM yang akan bertanding dalam PRU15.

PELABUHAN KLANG - Bekas pemimpin Parti Pakatan Rakyat (PKR), Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor mengumumkan akan bertanding untuk merebut kerusi Parlimen Petaling Jaya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengumuman itu dibuat Naib Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Ahmad Jufliz Faiza yang turut bertanding di Parlimen Sungai Buloh pada PRU kali ini.

Iklan
Iklan

Ahmad Jufliz dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat PRM di sini turut mengumumkan sembilan calon lain yang bakal bertanding bagi merebut kerusi Parlimen di Selangor, Kuala Lumpur dan Johor.

Menurutnya, sembilan kerusi Parlimen di Selangor dipertaruhkan iaitu Bangi, Petaling Jaya, Sungai Buloh, Kapar, Kota Raja, Klang, Sepang, Kuala Selangor dan Kuala Langat.

Iklan

Manakala, satu kerusi Parlimen di Kuala Lumpur iaitu di Batu dan Batu Pahat di Johor.

"Ini menunjukkan parti kita masih ada walaupun sudah 67 tahun ia ditubuhkan, kami masih memperjuangkan nasib rakyat.

Iklan

"Sebab itu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengembalikan mandat kepada rakyat untuk kita berfikir tentang nasib kita.

"Jadi sudah tiba masanya untuk PRM mesti mendepani isu-isu yang melanda negara," katanya di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, Ahmad Jufliz memaklumkan tiada kriteria khas ditetapkan pihaknya bagi sesiapa yang ingin menjadi calon untuk bertanding di bawah partinya dalam PRU15.

"Apa yang penting mereka mempunyai keinginan berkhidmat untuk masyarakat.

"Kita tidak mempunyai calon elit yang ada nama dan pangkat, saya nak didik calon-calon kita untuk berkhidmat demi rakyat," katanya.

Senarai calon PRM:

Selangor:

P.096 Kuala Selangor - Loganathan Rethinam

P.102 Bangi - Chee Chee Meng

P.105 Petaling Jaya - Ezam Mohd Nor

P.107 Sungai Buloh - Ahmad Jufliz Faiza

P.109 Kapar - Jeichandran Wadivelu

P.110 Klang - Chandrasegar Selvarajan

P.111 Kota Raja - Sarah Afiqah Zainol Arif

P.112 Kuala Langat - Ganeskumar Murugesu

P.113 Sepang - Nageswaran Ravi

Kuala Lumpur:

P.115 Batu - Mohd Zulkifli Abdul Fattah

Johor

P.150 Batu Pahat - Zahari Osman