Casemiro tabik ten Hag

Iklan
Casemiro percaya ten Hag mampu memulihkan kembali reputasi United sebagai antara kelab digeruni di pentas domestik dan Eropah.

OBSESI pengendali Manchester United, Erik ten Hag untuk menang membezakannya daripada kebanyakan pengurus lain.

Itu pendedahan tonggak United, Casemiro ketika skuad The Red Devils mula mencipta petanda positif dalam pembentukan semula pasukan selepas pengambilalihan oleh bekas pengurus Ajax Amsterdam tersebut daripada pengendali sementara kelahiran Jerman, Ralf Rangnick.

Iklan
Iklan

"Saya sudah lama bermain bola sepak walaupun baru berusia 30 tahun dan obses ten Hag untuk menang adalah yang paling mengejutkan saya.

"Saya rasa dia mempunyai banyak kekuatan. Kita semua tahu ia satu proses dan kita berkembang bersama dan semua nampak dia mahu menang di Manchester United.

Iklan

"Tetapi obsesnya untuk mengajar kami dan memastikan segala-galanya sempurna hingga dalam setiap bahagian, itulah kuncinya. Ketaasubannya untuk menang adalah sesuatu yang hanya saya lihat dalam beberapa pengurus,” kata pemain Brazil tersebut.

United mula menunjukkan kemajuan sebenar di bawah ten Hag walaupun permulaan awal musim sedikit meragukan para penyokong kelab tersebut.

Iklan

Pada Ogos lalu, ten Hag merekrut Casemiro dalam situasi terdesak mendapatkan pemain baharu di bahagian tengah selepas gagal mendapatkan khidmat tonggak Barcelona, Frenkie de Jong.