SHAH ALAM - Kerusi Parlimen Alor Gajah, Melaka bakal menyaksikan tiga ‘gergasi’ akan bertanding mewakili parti masing-masing pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan yang merupakan calon muka baharu BN akan ‘berentap’ dengan dua lagi pemimpin ternama iaitu bekas Ketua Menteri Melaka daripada Pakatan Harapan (PH), Adlly Zahari dan penyandang kerusi tersebut, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof daripada Perikatan Nasional (PN).