[VIDEO] Tindakan Shahidan, Ismail langgar perlembagaan BN

Iklan
Mahdzir Khalid. - Foto Bernama.

PADANG TERAP - Tindakan penyandang Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kasim dan Penyandang Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib yang bertanding atas tiket PN pada Pilihan Raya Umum (PRU15) telah melanggari perlembagaan parti UMNO dan BN.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, keputusan yang diambil oleh dua pemimpin UMNO itu bertanding atas tiket parti lawan mengecewakan.

Iklan
Iklan

"Kepada rakan-rakan yang sudah keluar dan mengikut kepada parti lain sudah tentulah ada peraturan yang telah disediakan oleh parti itu.

"Kita kira bahawa semua orang tahu dah peraturan-peraturan yang terkandung ataupun peraturan yang menjadi perlembagaan kepada BN.

Iklan

"Kita cakap macam itu dulu sebab kita sekarang ini sedang menghadapi pilihanraya tapi semua orang sudah tahu bahawa kedudukan tiap-tiap daripada kita ini sebab kita adalah ahli UMNO dan ahli parti dalam komponen BN," katanya kepada pemberita pada malam Khamis.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas kedudukan dua bekas anggota kabinet itu diumumkan bertanding atas tiket PN pada PRU15 oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang di Majlis Pengisytiharan Calon PN Terengganu bagi Pilihan Raya Umum (PRU15) di Marang, Terengganu pada malam Khamis.

Iklan

Terdahulu Mahdzir hadir pada Program Wayang Kulit oleh Masyarakat Siam di Naka, dekat sini.

Mahdzir (berdiri dua kiri) semasa hadir pada Program Wayang Kulit Masyarakat Siam di Naka, Padang Terap pada malam Khamis.

Pada PRU14 lalu, Shahidan yang merupakan Menteri Wilayah Persekutuan dan Ismail sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, menang kerusi masing-masing pada dengan menggunakan tiket BN.

Shahidan menang di Parlimen Arau dengan majoriti 4,856 selepas mengalahkan Datuk Dr Abd Rahman Daud (PKR) dan Hashim Jasin (Pas)

Manakala Ismail pula menang di Parlimen Maran dengan majoriti 3,763 menewaskan Hasenan Haron (Pas) dan Ahmad Farid Ahmad Nordin (PKR).