Maxis lancar tawaran menarik 5G

Iklan
Maxis menawarkan pelbagai tawaran menarik jualan peranti 5G kepada pelanggannya.

MAXIS Berhad (Maxis) melalui kempen 5G Device Sale telah melancarkan tawaran menarik pada rangkaian terluas peranti 5G dengan hanya RM49 bermula Jumaat.

Ketua Pegawai Pemasaran Maxis, Loh Keh Jiat berkata, bermula Jumaat (4 November), rakyat Malaysia akan menikmati tawaran itu dengan pelan Maxis Postpaid 98 dan 128, serta 40GB internet percuma dengan melanggan pelan Hotlink Postpaid 60.

Iklan
Iklan

"Pelanggan baharu dan sedia ada boleh memilih daripada rangkaian telefon pintar dan peranti rumah terkini yang disertakan dengan pelan pascabayar dan fiber kami. Matlamat kami sentiasa untuk membolehkan pemilikan mudah dan akses yang lebih besar untuk memenuhi gaya hidup pengguna yang semakin digital,” katanya dalam satu kenyataan.

Keh Jiat berkata, pelanggan sedia ada dan baharu yang mendaftar untuk pelan Maxis Home Fiber 300Mbps juga boleh menikmati tawaran hebat pada TV pintar Samsung 65’’.

Iklan

Pelanggan boleh menantikan inisiatif yang lebih menarik dalam beberapa minggu akan datang termasuk peluang untuk menikmati acara sukan global yang akan datang.

Nantikan maklumat lanjut mengenai 5G Device Sale dan pelan yang ditawarkan di www.maxis.com.my mulai 4 November.

Iklan