Abdul Rani tamat khidmat sebagai Pengerusi Bank Rakyat

Iklan
ABDUL RANI

SHAH ALAM - Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Abdul Rani Lebai Jaafar akan menamatkan perkhidmatannya dengan bank berkenaan pada 31 Disember 2022.

Bank Rakyat dalam satu kenyataan berkata, sehubungan dengan itu, beliau mula bercuti pada 1 November 2022 sehinggalah tamat tempoh perkhidmatan tersebut.

Iklan
Iklan

"Beliau mula dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat sejak 1 Januari 2018. Pada 28 Julai 2020, beliau memangku jawatan Pengerusi Bank Rakyat dan kemudiannya menyandang jawatan tersebut pada 1 Januari 2021,”jelas kenyataan itu.

Abdul Rani dalam satu kenyataan turut merakamkan penghargaan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop), pengurusan Kuskop, Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Pengurusan Bank Rakyat, pihak berkepentingan serta seluruh anggota dan pelanggan yang telah memberi sokongan semasa beliau menerajui bank itu terutamanya ketika berhadapan dengan kemelut pandemik Covid-19.

Iklan

Sementara itu, Bank Rakyat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Abdul Rani atas sumbangan, khidmat bakti dan komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.

Bagi memastikan hala tuju dan tadbir urus bank berjalan lancar, Bank Rakyat turut mengumumkan pelantikan Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak sebagai Pemangku Pengerusi berkuat kuasa 1 November 2022.

Iklan

Mohd Irwan dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah pada 24 Julai 2020 dan beliau juga menganggotai pelbagai Jawatankuasa peringkat Lembaga Pengarah Bank Rakyat.