Amanah umum calon kerusi DUN di Perlis

Iklan
Amanah menampilkan tiga muka baharu dan mengekalkan dua calon lama bagi kerusi DUN Perlis pada PRU15.

KANGAR - Parti Amanah Negara (Amanah) menampilkan tiga muka baharu dan mengekalkan dua calon lama bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Tiga muka baharu yang dipertaruhkan ialah Ahli Jawatankuasa Biro PRU Amanah Perlis Mat Safar Saad yang akan bertanding di kerusi Beseri, Ahli Jawatankuasa Amanah Kangar Azhari Ahmad (Bintong), Ahli Amanah Ahmad Fadhzil Mohamad (Sanglang).

Iklan
Iklan

Dua muka lama ialah Pengerusi Amanah Perlis Wan Kharizal Wan Khazim (Kayang) dan Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH) Perlis Che Mazlina Che Yob (Santan).

Sementara itu, Pengerusi DAP Perlis, Teh Seng Chuan turut diumumkan sebagai calon tunggal DAP bagi kerusi Titi Tinggi.

Iklan

Sembilan lagi kerusi DUN Perlis yang ditandingi PH adalah daripada PKR, yang diumumkan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Perlis Nurul Izzah Anwar pada Khamis.

Berikut senarai calon PH daripada Amanah dan DAP bagi DUN Perlis:

Iklan

N01 Titi Tinggi - Teh Seng Chuan (DAP)

N02 Beseri - Mat Safar Saad

N05 Santan - Che Mazlina Che Yob

N06 Bintong - Azhari Ahmad

N10 Kayang - Wan Kharizal Wan Khazim

N15 Sanglang - Ahmad Fadhzil Mohamad

- Bernama.