MELAKA - Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dikhuatiri lemas di Kilometer 17, Tanjung Kling, Pantai Puteri di sini pada Jumaat.
Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa yang bermain di kawasan pantai bersama tiga rakannya sebelum dipercayai terjun ke dalam air.
Jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.
Setakat jam 4.30 petang kerja-kerja menyelamat masih dijalankan.