'Berhentilah mengadu domba tentang UMNO' - Ahmad Zahid

Iklan
Ahmad Zahid

SHAH ALAM - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta Pas supaya berhenti mengadu domba tentang UMNO yang didakwa mahu bekerjasama dengan khemah besar Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Menurutnya, pemimpin UMNO tidak pernah menyebut hasrat menyertai khemah besar PH itu seperti yang didakwa oleh Pas.

Iklan
Iklan

"Pimpinan Pas tuduh pemimpin UMNO mahu bekerjasama dengan 'khemah besar' PH sangat tidak benar.

"Pemimpin UMNO tidak pernah pun menyebut hasrat menyertai 'khemah besar' PH. Konon pimpinan Pas dapat maklumat. Dari mana maklumat itu diperoleh? Adakah dari Bersatu? Atau dari satu dua 'gunting dalam liputan' dalam UMNO? Jika begitu kaedahnya tak 'dapek' UMNO nak menolong," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya pada Jumaat.

Iklan

Ahmad Zahid turut mengingatkan Pas bahawa Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah menyatakan hasrat bekerjasama dalam khemah besar.

"Ahli Pas bernasib baik muslihat Pengerusi PN tidak kesampaian jika tidak tentu mereka telah pun kembali ke pangkuan DAP," katanya.

Iklan

Beliau turut mendakwa pimpinan Pas semakin tersasar daripada nilai politik budiman sejak bersama PN.

"Mungkin akibat terpengaruh dengan budaya politik tidak sihat dan curang sahabat baharu. Nampaknya hanya ahli akar umbi Pas yang dapat memperbaiki parti mereka daripada terus hanyut.

"Ahli akar umbi Pas teruslah bekerjasama memberi kemenangan kepada BN pada PRU15. Insya-ALLAH kemuafakatan itu akan memberi 'domino effect' memulihkan politik Pas yang kian tersasar," katanya.