‘Henti politikkan TH seperti sebelum ini’

Iklan
Nik Mohd Hasyudeen

SHAH ALAM - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff mengingatkan semua pihak agar tidak lagi mempolitikkan institusi kewangan Islam terbesar itu seperti mana yang berlaku sebelum ini.

Tegasnya, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk membangunkan lagi institusi berkenaan demi kebaikan seluruh umat Islam di negara ini.

Iklan
Iklan

"Setiap pihak yang menjaga TH ada tanggungjawab masing-masing berdasarkan isu dan cabaran di ketika itu.

"Oleh itu tidak perlulah TH dipolitikkan seperti dahulu oleh mana-mana pihak sekali pun,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Iklan

Pada Jumaat tular video di aplikasi Tik Tok yang dimuat naik seorang wanita dengan mengatakan bahawa pengurusan TH jauh lebih baik di bawah pengurusan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini yang diterajui menteri daripada Pas.

Melalui video yang berdurasi satu minit 49 saat itu, wanita berkenaan turut mendakwa TH mencatatkan kenaikan jumlah pendeposit mendadak sehingga mencecah RM88 bilion selepas diterajui Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad.

Iklan

Perkongsian wanita yang menggunakan akaun ‘Muna Rime’ itu turut mendapat perhatian Nik Hasyudeen dengan turut mempersoal kesahihan fakta yang dikongsi tersebut.