22 perkara wanita bersalin cara caesarean harus elak buat!

Iklan
x-default

SECARA amnya kaedah bersalin secara normal adalah lebih selamat berbanding pembedahan caesarean.

Bagaimanapun prosedur pembedahan adalah biasa, terutama jika kandungan mengalami beberapa masalah.

Iklan
Iklan

Mari ketahui apa 22 perkara wanita bersalin secara pembedahan harus elak buat. Ia amat bermanfaat untuk penjagaan anda!

1. Membongkok ke bawah

Iklan

Jangan cuba untuk tunduk atau membongkok ke bawah! Proses penyembuhan tak akan berjalan lancar. Minta tolong ahli keluarga, pasangan atau rakan untuk ambil apa-apa.

2. Bersin

Iklan

Kalau anda tahu teknik untuk tahan bersin, atau bersin dengan perlahan, buat sekarang!

3. Batuk

Anda kena tahan batuk juga. (Gila ke tahan batuk?) Tapi, ya! Batuk akan beri tekanan pada perut.

4. dan... gelak!

Jangan gelak juga. Bila anda gelak, perut akan bergerak dan memberi tekanan pada abdomen anda. Sudahlah kesan incision belum sembuh... aduh!

5. Jangan tinggal bantal

Pastikan anda ada bantal untuk menyokong perut. Jangan tinggal!

6. Garu kulit di sekitar luka

Oh, no no! Jangan garu luka untuk mengelak jangkitan. Pakai pakaian yang longgar.

7. Makanan bergas

Makanan bergas akan mengakibatkan ketidakselesaan. Usus akan memberi tekanan pada luka anda. Elakkan daripada makan brokoli, kubis, kubis bunga, timun, lada hijau dan jagung.

8. Makanan sukar untuk penghadaman

Ingat bagaimana sukar untuk buang air besar? Ya, jangan makan lagi makanan yang boleh buat anda sembelit itu! Banyak minum air dan makan sayur-sayuran.

9. Gaduh dengan wanita bersalin secara normal

Chill, lah. Bersalin secara normal atau pembedahan, masing-masing demi anak tercinta kan?

10. Angkat benda barat

Big no no! Jangan cuba atau anda ingin kesan jahitan terbuka!

11. Seks...

Cuba selepas beberapa hari/bulan kerana kesan jahitan/luka anda harus sembuh dulu!

12. Naik tangga

Tak payah naik tangga, guna lif, okay?

13. Marah doktor pembedahan

Apalah sangat kangaroo pouch pada perut anda itu. Demi anak, kan?

14. Menangis ketika mandi

Sabarlah. Anda wanita yang kuat! Lagipun, menangis akan buat kesan luka semakin sakit.

15. Lihat perut

Jangan cuba-cuba untuk tunduk dan tengok perut itu!

16. Kawasan/permukaan lembap

Anda tak mahu tergelincir, kan?

17. Bergerak tanpa sokongan

Jangan pandai-pandai nak bergerak tanpa sokongan ya... Minta bantuan!

18. Duduk secara tiba-tiba

Duduk akan memberi tekanan pada kesan luka. Jadi jangan duduk secara tiba-tiba. Perlahan-lahan...

19. Malu untuk meminta bantuan

Jangan malu untuk meminta bantuan. Semua orang tahu anda harus ditolong.

20. Ingin cepat sembuh

Sabar. Jangan kelam-kabut. Ada banyak lapisan pembedahan yang mungkin akan terkoyak! Aduh!

21. Fikir anda dipandang rendah

Tak payah fikir semua komen negatif! Apa yang pasti, anda sudah selamat bersalin pun. Tak ada siapa pandang rendah pada anda.

22. Bandingkan anak

Jangan bandingkan anak anda dengan anak yang bersalin secara normal. Tiada beza! Anak-anak itu suci dan kurniaan Tuhan!

Tahniah kerana anda telah melahirkan cahaya mata yang akan menjadi penyeri kehidupan. Semoga anda menjadi ibu bapa yang terbaik buat mereka.

Sumber: https://my.theasianparent.com