Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan persiapan akhir sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Dewan Berlian Majlis Perbadaran Kemaman, Chukai, hari ini.
Parlimen Kemaman bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru membabitkan penyandang kerusi itu Che Alias Hamid (PN-Pas), Datuk Seri Ahmad Said (Barisan Nasional), Hasuni Sudin (PKR) dan Rosli Ab Ghani (GTA-Pejuang). - Foto Bernama