Kuching City harus guna kelebihan di laman sendiri

Iklan
Irfan Bakti

KUCHING City FC digesa memanfaatkan sepenuh kelebihan beraksi di laman sendiri untuk melakar keputusan positif apabila melayan kunjungan Sabah FC dalam perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Negeri, Kuching pada Sabtu.

Malah, pengendali The Cats, Irfan Bakti Abu Salim yakin kehadiran para penyokong akan menjadi suntikan semangat kelab yang mara ke suku akhir kali pertama sejak ditubuhkan pada 2015.

Iklan
Iklan

"Kami pernah mengalahkan Sabah dalam aksi persahabatan pra musim.

"Biarpun begitu, saya menghormati pengendali Sabah, Datuk Ong Kim Swee yang berjaya membawa skuad itu untuk menduduki tempat ketiga.

Iklan

"Namun, dalam bola sepak, apabila anda bermain secara timbal balik, apa sahaja boleh berlaku kerana ini bukan perlawanan liga,” ujarnya.

PIALA MALAYSIA

Iklan

Suku Akhir Pertama

SABTU (5 NOVEMBER)

Kuching City FC lwn Sabah FC

(Stdm Negeri, 8.15 malam)

Kelantan FC lwn JDT

(Stdm Sultan Muhammad IV, 9 malam)

AHAD (6 NOVEMBER)

Selangor FC lwn Negeri Sembilan FC

(Stdm Majlis Bandaraya Petaling Jaya, 9 malam)

Kuala Lumpur City lwn Terengganu FC

(Stdm Bola Sepak Kuala Lumpur, 9 malam)