Didik mahasiswa miliki integriti terpuji

Iklan
Gambar hiasan 123rf

SHAH ALAM - Universiti Utara Malaysia (UUM) mahu memupuk nilai integriti terpuji, amanah serta jujur dalam kalangan mahasiswa bagi melahirkan golongan pemimpin bersih untuk menerajui negara.

Naib Canselornya, Profesor Dr Haim Hilman Abdullah berkata, pihak pengurusan dan pentadbiran UUM berusaha menanamkan nilai-nilai keperibadian tinggi tersebut dalam jiwa mahasiswa serta kumpulan tenaga kerja universiti.

Iklan
Iklan

Menurutnya, usaha tersebut dilihat penting untuk dizahirkan bagi melihat masa depan negara yang sedang giat dibina dapat diteruskan dengan jaya.

"Apa yang saya harapkan adalah sistem perundangan negara, sistem kemasyarakatan serta sektor pendidikan yang mana kesemuanya perlu bekerjasama memperbaiki apa jua kelemahan.

Iklan

"Cabaran pada masa kini jauh lebih besar daripada sebelum ini. Bagi memastikan negara terus kompetitif, kita perlu memperbaiki sistem dan apa jua mekanisme atau sistem yang kita guna pakai,” katanya pada Jumaat.

Haim berkata, sistem yang diguna pakai mestilah boleh membantu negara mengurang atau membendung apa jua bentuk ketirisan.

Iklan

Jelasnya, selagi mana ada elemen ketirisan, ia akan mengakibatkan negara terus mengalami kerugian dan menyebabkan masyarakat tidak memperoleh sebuah kemudahan yang sempurna.

Diminta mengulas Undi18, Haim berkata, langkah dilaksanakan kerajaan itu sangat baik dan disokong oleh ahli Parlimen yang bersetuju pada dasarnya untuk menguatkuasakan golongan pengundi baharu itu mula mengundi kali ini.

Jelasnya, ia menjadi ruang kepada rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun untuk menjadi sebahagian daripada barisan rakyat yang memilih dalam pembentukan kerajaan.

"Satu langkah baik membawa mereka segera dalam konteks pemilihan kepimpinan negara. Namun kita perlu terus mendekati barisan anak muda ini agar sama-sama dapat berkongsi apakah harapan kita sebagai generasi lebih awal dan dalam masa yang sama memahami apakah aspirasi mereka,” ujarnya.