Penamaan calon: Penyokong PH cuba lakukan provokasi

Iklan
Penyokong PH yang hadir memberikan sokongan di pusat penamaan calon di Wisma Belia pada Sabtu.

KUANTAN - Penyokong Pakatan Harapan (PH) melaungkan nyanyian lagu Lompat Si Katak Lompat ketika proses penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi P082 Indera Mahkota dan N12 Berserah serta N13 Semambu di pusat penamaan calon di Wisma Belia di sini.

Laungan tidak sampai seminit itu dihentikan selepas pihak berkuasa meminta untuk tidak menimbulkan sebarang provokasi.

Iklan
Iklan

Dalam pada itu, dianggarkan sekitar 3,000 penyokong daripada empat parti politik membanjiri pekarangan Wisma Belia Indera Mahkota di sini.

Perikatan Nasional mengenakan baju biru gelap, penyokong BN mengenakan biru tua, PH pula merah manakala Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) warna ungu.

Iklan

Kesemua calon parti mula memasuki dewan Wisma Belia untuk menghantar borang masing-masing yang berakhir pada jam 10 pagi.

Pengundian awal ditetapkan 15 November manakala pengundian 19 November ini.

Iklan