PRU15: Pencalonan terbanyak dalam sejarah Putrajaya

Iklan
Kerusi P125 Putrajaya melakar sejarah dengan merekodkan saingan terbanyak dan penyertaan calon bebas pada PRU15 sejak 18 tahun lalu.

PUTRAJAYA - Kerusi P125 Putrajaya melakar sejarah dengan merekodkan saingan terbanyak dan penyertaan calon bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), sejak 18 tahun lalu.

Ia melibatkan pencalonan enam penjuru yang mana membabitkan BN, Perikatan Nasional (PN), PH dan Gerakan Tanah Air (GTA) yang bertanding menggunakan atas nama dan logo Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan dua Bebas.

Iklan
Iklan

BN diwakili Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin (PN), Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz (PH) dan Mohd Rosli Ramli (GTA).

Dua calon Bebas adalah Lim Fice Bee dan Samsudin Mohamad Fauzi,.

Iklan

Pengumuman pencalonan dibuat oleh Pengurus Pilihan Raya Parlimen Putrajaya, Shamshul Joehari Zainal Mokhtar pada jam 10.50 pagi selepas berpuas hati dan menyemak semua borang pencalonan.

"Tidak ada calon yang ditolak pencalonan," katanya selepas selesai proses penamaan calon di Dewan Kompleks Kejiranan Presint 9, dekat sini pada Sabtu.

Iklan

AKAN MENYUSUL