Zouma luah penyesalan insiden sepak kucing

Iklan
Zouma

PEMAIN pertahanan West Ham, Kurt Zouma tampil meluahkan insiden sepak kucing awal tahun merupakan penyesalan terbesar dalam hidupnya selama ini.

Pada Jun lalu, pemain Perancis itu diarah menjalankan khidmat masyarakat selama 180 jam dan dilarang memelihara kucing selama lima tahun selepas mengaku menendang dan menampar kucing peliharaannya.

Iklan
Iklan

Zouma yang didenda West Ham United berhubung insiden itu, berkata:"Ia adalah masa yang sukar untuk saya dan keluarga.

"Saya tahu ia amat sukar untuk orang ramai menonton dan melihatnya dan jelas sekali saya berasa sangat-sangat menyesal. Saya sangat menyesalinya dan cuba meneruskan bersama keluarga melihat ke hadapan.

Iklan

"Saya belajar daripadanya, itu perkara yang paling penting yang ingin dikatakan. Jelas sekali, saya mendapat sokongan daripada orang ramai di sekeliling yang membantu saya kekal fokus pada bola sepak dan cuba untuk kekal gembira.”

Pemain berusia 27 tahun itu menambah:"Kelab pula sangat luar biasa dalam aspek sokongan sepanjang saya mengharungi dugaan ini.

Iklan

"Sokongan juga saya terima daripada rakan sepasukan, daripada kakitangan, dan semua orang di kelab, malah daripada peminat, mereka membantu saya kekal fokus pada permainan, untuk cuba melakukan yang terbaik di padang sepanjang masa dan, jelas sekali, saya berterima kasih kepada mereka untuk apa yang telah mereka lakukan. Kelab ini seperti keluarga saya.”

Zouma sebelum itu mendapat kecaman antarabangsa selepas rakaman yang dirakam oleh abangnya Yoan dan disiarkan di Snapchat pada Februari menunjukkan dia menendang dan menampar kucing peliharaan di rumahnya.

Pemain berusia 27 tahun itu kemudiannya mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Thames atas dua pertuduhan menyebabkan penderitaan yang tidak perlu kepada haiwan yang dilindungi, di bawah Akta Kebajikan Haiwan dan diserahkan perkhidmatan masyarakat selama 180 jam, dilarang memelihara atau menjaga kucing selama lima tahun, selain membayar kos mahkamah hampir £9,000.

Sementara itu, Yoan Zouma yang mengakui satu pertuduhan membantu, bersubahat, menasihati atau mendapatkan abangnya untuk melakukan kesalahan, diperintahkan untuk menjalankan khidmat masyarakat selama 140 jam.

Dalam pada itu, kelab London itu setelah mendenda pemain mereka, bertindak menderma kepada sembilan badan kebajikan haiwan di United Kingdom dan luar negara.

Untuk rekod, Zouma, yang membuat 24 penampilan Liga Perdana Inggeris untuk The Hammers musim lalu selepas menyertai Chelsea pada musim panas 2021, memulakan kesemua 12 perlawanan liga utama musim ini.