Parlimen Shah Alam jadi rebutan 4 muka baharu

Iklan
Dari kiri; Azli, Mohd Rafiq, Hizarul Isham dan Dr Afif.

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Parlimen Shah Alam menyaksikan pertembungan empat penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan kesemua calon merupakan muka baharu.

Pakatan Harapan (PH) mempertaruhkan Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor, Azli Yusof, manakala BN meletakkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Hizatul Isham Abdul Jalil.

Iklan
Iklan

Selain itu, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menamakan Muhammad Rafique Rashid Ali sebagai calon dan Perikatan Nasional (PN) mempertaruhkan Dr Afif Bahardin.

Kesemua calon yang hadir di Dewan Teratai Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu lengkap berbaju Melayu dan samping diiringi penyokong parti masing-masing dengan Azli menjadi calon pertama menyerahkan borang penamaan pada jam 9.04 pagi.

Iklan

Seterusnya diikuti oleh Hizatul Isham (9.07 pagi), Afif (9.11 pagi) dan Muhammad Rafique (9.16 pagi).

Bagaimanapun seorang calon Bebas yang didakwa turut bertanding gagal muncul sehingga tempoh penyerahan borang penamaan calon ditutup pada jam 10 pagi.

Iklan

Proses penamaan calon diketuai Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Shah Alam, Asmah Mohd Zin berjalan lancar meskipun cuaca di luar dewan mendung.

Sebelum ini, kerusi Parlimen berkenaan yang digelar 'hati' Selangor disandang oleh Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad yang bertanding atas tiket Pas pada PRU12 dan PRU13 sebelum menang bergaya dengan majoriti 55,949 undi atas tiket PH.