Tiga calon Parlimen Jerlun bertembung sekali lagi

Iklan
Dari kanan, Abd Ghani, Mukhriz, Mohamed Fadzil dan Othman seusai penamaan calon di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu pada Sabtu.

ALOR SETAR - Tiga calon di kerusi Parlimen Jerlun bertembung sekali lagi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) 19 November ini.

Calon dari Gerakan Tanah Air (GTA), Datuk Seri Mukhriz Mahathir buat kali kedua akan berentap dengan calon BN, Datuk Othman Aziz selain Datuk Dr Abd Ghani Ahmad dari Perikatan Nasional (PN).

Iklan
Iklan

Ketiga-tiga mereka yang pernah bertembung pada PRU14 akan dicabar seorang lagi calon mewakili Pakatan Harapan (PH), Dr Mohamed Fadzil Mohd Ali dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pertandingan empat penjuru itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Jerlun, Azmin Zainol Abidin sebaik pencalonan ditutup pada jam 10 pagi di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu.

Iklan

Mukhriz yang juga Timbalan Pengerusi Penaja GTA menyerahkan borang pencalonan pada 9.04 pagi, diikuti Othman empat minit kemudiannya.

Calon ketiga, Abd Ghani pula menyerahkan borang pada 9.15, sebelum calon terakhir, Mohamed Fadzil pada 9.20 pagi.

Iklan

Terdapat seramai 67,601 pengundi di Parlimen Jerlun dengan anggaran 16,000 pengundi muda yang akan mengundi buat pertama kali pada PRU15 ini.

Pada PRU14, Parlimen Jerlun dimenangi oleh Mukhriz yang ketika itu bertanding atas tiket PKR mewakili PH dengan majoriti 5,866 undi menewaskan Abd Ghani (Pas) yang memperoleh 12,829 undi dan Othman (BN) 12,413 undi.

Othman pula memenangi kerusi Parlimen Jerlun pada PRU13 dengan memperolehi 24,161 undi mengalahkan calon Pas yang mendapat 20,891 undi. Othman menang dengan majoriti 3,270 undi.

Pada PRU13, Mukhriz bertanding kerusi DUN Ayer Hitam dan menang kerusi tersebut seterusnya dilantik sebagai Menteri Besar Kedah sebelum melepaskan jawatan pada awal 2016 ekoran kemelut politik yang melanda negeri jelapang padi itu.

Pada PRU12, Mukhriz menang kerusi Parlimen Jerlun dengan menewaskan calon Pas Idris Ahmad dengan majoriti 2,205 undi. Muhkriz memperoleh 19,424 undi manakala Idris pula 17,219 undi.