Air balang laris dalam tempoh dua jam

Iklan
Asiah (kanan) melayan pelanggan dan penyokong yang membeli di gerainya pada Pusat Penamaan Calon Kompleks Pentadbiran Daerah Perak Tengah di Kampung Gajah.

PASIR SALAK - Sebuah gerai air balang pelbagai perisa menjadi tumpuan penyokong parti bagi menghilangkan dahaga ketika berada berhampiran Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Umum ke-15 di Kompleks Pentadbiran Daerah Perak Tengah, Kampung Gajah di sini pada Sabtu.

Peniaga, Asiah Mohamad berkata, kesemua jualannya laris dalam tempoh dua jam sebaik selesai proses penamaan calon.

Iklan
Iklan

"Walaupun kesuntukan masa, saya hanya sempat menyediakan air perisa kopi, jeli laici, anggur, teh ais dan soda lemon pudina serta kuih muih untuk dijual berhampiran pusat ini.

Menurutnya, tempoh kempen pilihan raya menjadi lubuk rezeki kepadanya untuk menjual air dan kuih di sekitar kawasan Kampung Gajah.

Asiah mengambil kesempatan menjual air pelbagai perisa berhampiran Pusat Penamaan Calon Kompleks Pentadbiran Daerah Perak Tengah di Kampung Gajah.

Iklan

"Kebiasaannya saya akan berniaga di pasar sehari dengan menjual lebih 10 balang air sejak 10 tahun lalu.

"Kali ini mungkin saya akan menumpukan jualan di sekitar pondok-pondok panas atau pentas ceramah di beberapa lokasi dalam Parlimen ini," ujarnya.

Iklan