7 penjuru DUN Bugaya, 4 penjuru Parlimen Semporna

Iklan
Parlimen Semporna bakal menyaksikan persaingan empat penjuru di mana penyandangnya yang juga Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mempertahan kerusinya.

SEMPORNA - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya bakal menyaksikan persaingan tujuh penjuru apabila enam parti dan seorang calon bebas disahkan bertanding bagi DUN berkenan.

Pengumuman senarai calon diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Juraimin Jadil pada jam 11 pagi Sabtu.

Iklan
Iklan

Antara calon yang akan bertanding ialah Mohd Hassan Abu Bakar dari Gerakan Tanah Air (GTA)-Pejuang, Jamil Hamzah (Warisan), Nazmawati Walli (PBM), Zulfadzli Shi Ahmad (Bebas), Karil Pg Kuraini (PPRS), Abd Aziz Mohd Ibno (BN) dan Arastam Pandorog (PH).

Sementara itu, Parlimen Semporna pula bakal menyaksikan persaingan empat penjuru di mana penyandangnya yang juga Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mempertahan kerusinya.

Iklan

Beliau akan berdepan dengan calon daripada Pakatan Harapan (PH) Arastam Pandorog, Nixon Abdul Habi (GRS) dan Ab Razik @ Ab Rajak Ab Hamid (GTA-Pejuang).

Pertembungan semua calon bagi dua pilihan raya membabitkan Pilihan Raya Umum (PRU15) dan PRK Bugaya dijangka membawa saingan yang sengit kali ini.

Iklan