Che Abdullah ditentang empat calon di Tumpat

Iklan
Che Abdullah (dua dari kanan) bersama Mumtaz (kanan) serta (dari kiri) Khairul Azuan, Wan Johari dan Che Muhammad Aseri diumumkan sebagai calon Parlimen Tumpat PRU15 di pusat penamaan calon Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat pada Sabtu.

TUMPAT - Calon BN, Datuk Che Abdullah Mat Nawi bakal berdepan tentangan sengit daripada empat calon dalam usaha mempertahankan kerusi Parlimen Tumpat yang dimenanginya atas tiket Pas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Empat calon tersebut ialah, Datuk Mumtaz Md Nawi, Perikatan Nasional (PN), Che Muhammad Aseri Che Ali, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Wan Johari Wan Omar, Pakatan Harapan (PH) dan Khairul Azuan Kamarrudin (Warisan).

Iklan
Iklan

Kesemua calon Parlimen Tumpat itu diumumkan oleh Pengurus Pilihan Raya, Rusydee Abdullah di pusat penamaan calon Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat, pada Sabtu.

Pengumuman tersebut dibuat pada jam 11 pagi sambil diiringi oleh laungan dari kesemua jentera parti yang bertanding.

Iklan

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan penyandang kerusi Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi akan menggunakan peluang yang diberikan BN untuk menebus maruahnya selepas mendakwa beliau difitnah.

Che Abdullah turut mendakwa, fitnah berat itu menyebabkan ada dalam kalangan pimpinan Pas yang menyebut menjadi satu dosa jika memberikan sokongan kepada beliau.

Iklan