Semangat Aubameyang belum cukup tewaskan Arsenal

Iklan
Aubameyang meraikan jaringannya ketika bantu Chelsea tewaskan AC Milan Awal pagi tadi

PENGENDALI Chelsea, Graham Potter mengakui semangat yang ditunjukkan penyerangnya, Pierre-Emerick Aubameyang untuk berdepan bekas pasukannya Arsenal tidak cukup untuk menewaskan pendahulu Liga Perdana Inggeris Ahad ini.

Menurut Potter, walaupun Aubameyang bersedia untuk bertarung menentang pasukan Mikel Arteta, namun beliau percaya pasukannya memerlukan lebih daripada semangat yang ditunjukkan pemain Gabon itu untuk memastikan tiga mata memihak kepada Chelsea.

Iklan
Iklan

"Bagaimanapun itu semua adalah perkara yang lalu bagi kami dan saya rasa kita tidak patut bercakap berkenaan perkara ini.

"Ia kerana walaupun dia (Aubameyang) penting buat kami namun kami memerlukan semua orang untuk beri aksi yang terbaik dan bukan berharap kepadanya sahaja,”kata Potter.

Iklan

Aubameyang dipinggirkan oleh pengendali Arsenal, Mikel Arteta musim lalu berikutan masalah disiplin sebelum menyertai Barcelona pada Januari.

Penyerang 33 tahun itu dilucutkan sebagai kapten dan kontraknya ditamatkan oleh Arsenal.

Iklan

Namun pemain Gabon itu kembali ke Liga Perdana Inggeris pada September apabila ditandatangani oleh Chelsea pada hari terakhir jendela perpindahan.