Persaingan sengit empat penjuru di Parlimen Machang

Iklan
Ahmad Jazlan (dua dari kanan) bergambar bersama calon-calon bertanding bagi Parlimen Machang di Pusat Penamaan Calon, Pejabat Tanah dan Jajahan Machang.

MACHANG - Kerusi Parlimen Machang dijangka hangat dengan persaingan empat penjuru apabila kesemua calon menyerahkan borang pencalonan di Pusat Penamaan Calon (PPC) di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Machang, di sini.

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dijangka menerima persaingan sengit daripada calon Perikatan Nasional (PN), Wan Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Iklan
Iklan

Pengumuman dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Machang, Nik Muhammad Hasanudin Nik Husin di Pusat Penamaan Calon (PPC), Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Machang kira-kira pukul 11.20 pagi.

Nik Muhammad Hasanudin berkata, beliau berpuas hati dengan kesemua kertas pencalonan dan tiada calon yang ditolak pencalonannya.

Iklan

Proses penamaan calon selesai dan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan daripada mana-mana pihak mahupun penyokong.

Iklan