Asyraf Wajdi dicabar dua lawan di Parlimen Gerik

Iklan
Asyraf Wajdi (kanan) bersalam dengan penyokong selepas keluar dari Pusat Penamaan Calon di Dewan Serbaguna Gerik.

GERIK - Parlimen Gerik menyaksikan pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Calon BN, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bakal berdepan calon Perikatan Nasional (PN) Fathul Huzir Ayub dan Ahmad Tarmizi Mohd Jam (Pakatan Harapan).

Iklan
Iklan

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Gerik, Mohd Zairasyahli Shah Zakaria berkata, tiga calon mengemukakan borang pencalonan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Hulu ialah Mohd Amin Roslan (PN) Mohd Saad Ismail (PH) dan Datuk Aznel Ibrahim (BN).

Katanya, DUN Temenggor pula menyaksikan tiga calon iaitu Mohd Noor Abdul Rahman (PN), Dr Ahmad Safwan Mohamad (PH) dan Salbiah Mohamed (BN).

Iklan

Menurutnya, pengundian awal akan diadakan pada 15 November manakala 19 November hari pengundian.

Iklan