[VIDEO] Tiga calon Damansara ikrar bebaskan negara daripada rasuah

Iklan
Dari kiri: Gim Tuan, Gobind dan Si Ching sebaik sahaja diumumkan calon Parlimen Damansara secara rasmi.

PETALING JAYA - Ketiga-tiga calon di Parlimen Damansara mempunyai misi yang sama iaitu berikrar untuk membebaskan negara daripada rasuah.

Calon Pakatan Harapan (PH), Gobind Singh Deo berkata, rasuah adalah masalah yang cukup besar dan mampu meruntuhkan sesebuah negara.

Iklan
Iklan

Justeru, beliau berikrar untuk memberikan fokus sepenuhnya dalam memerangi rasuah jika dipilih sebagai wakil rakyat.

"PH sendiri telah mengambil langkah yang perlu untuk memastikan rasuah ini dapat diselesaikan dan dihapuskan, seterusnya memerangi salah guna kuasa," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Calon muda dari Perikatan Nasional (PN), Lim Si Ching turut senada dan menyeru agar para pengundi memilih calon yang bersih dan berintegriti untuk memastikan negara dalam keadaan aman dan stabil.

Jelasnya, negara akan berdepan dengan malapetaka besar jika golongan perasuah dipilih menjadi pemimpin.

Iklan

"Kita memerlukan pemimpin yang amanah dan dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik. Jika kita pilih pemimpin yang rasuah, negara akan berdepan dengan kehancuran," ujar beliau.

Tan Gim Tuan yang juga calon BN berkata, tanggungjawab untuk membebaskan negara daripada segala keburukan rasuah dan urus tadbir harus bermula daripada diri sendiri.

"Kita harus memulakan perubahan dengan bermula daripada diri sendiri. Wakil rakyat yang dipilih juga haruslah seorang yang amanah dan boleh memberikan khidmat terbaik kepada rakyat," jelasnya.

Parlimen Damansara akan menyaksikan perlawanan tiga penjuru membabitkan Gobind (PH), Si Ching (PN) dan Gim Tuan (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini.

Pada PRU14 lepas, Parlimen Damansara dimenangi oleh Tony Pua dengan majoriti 106,903 undi, menewaskan calon Parti Rakyat Malaysia, Datuk Wong Mun Kheong dan calon BN, Ryan Ho Kwok Xheng.