Shahidan berdepan tiga penjuru di Arau

Iklan
Shahidan (kiri) bersama pesaingnya Rozabil (kanan) dan Fathin Amelina mencabut nombor giliran di Pusat Penamaan Calon Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin selepas mengemukakan kertas penamaan calon sempena Pilihan Raya Umum ke-15 pada Sabtu. - Foto Bernama

ARAU - Parlimen Arau menyaksikan pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selepas calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Abdul Razak Abdul Khalek tidak hadir sehingga tempoh penamaan calon tamat.

Datuk Seri Shahidan Kassim yang disahkan pencalonannya mewakili Perikatan Nasional (PN) berhadapan dua pencabar, masing-masing daripada BN dan Pakatan Harapan (PH) dalam misinya untuk mempertahankan kerusi Parlimen Arau.

Iklan
Iklan

Shahidan yang merupakan penyandang kerusi selama empat penggal atas kapasiti BN akan ditentang oleh Datuk Rozabil Abdul Rahman (BN) dan Fathin Amelina Fazlie (PH).

Senarai rasmi calon bertanding bagi kerusi itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Arau, Abdul Malek Hassan di pusat penamaan calon Dewan Harumanis, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin di sini pada Sabtu.

Iklan

Dalam pada itu, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Empat menyaksikan pertembungan enam penjuru dengan pencalonan lima wakil parti dan seorang calon Bebas.

Penyandang kerusi DUN Simpang Empat, Nurulhisham Yaakob dari BN akan ditentang Razali Saad (PN), Amran Darus (PH), Wan Noralhakim Shaghir Saad (Parti Warisan), Izhar Kamarudin Sudin (Pejuang) dan calon Bebas, Ammar Hassan.

Iklan

Kerusi DUN Pauh, Tambun Tulang, Guar Sanji dan Sanglang pula menyaksikan pertembungan empat penjuru.