[VIDEO] Rani Kulup kempen guna tagline 'kipidap, don't give up'

Iklan
Abdul Rani berpakaian ala pahlawan Mrlayu ketika hadir ke Ousat penamaam calin di Kompleks Pentadbiran Port Dickson

PORT DICKSON - Laungan 'kipidap, don't give up' mengiringi aktivis masyarakat, Abdul Rani Kulup Abdullah yang berarak ke Pusat Penamaan Calon di Kompleks Pentadbiran Port Dickson di sini pada Sabtu.

Aktivis sosial berusia 67 tahun itu hadir dengan memakai baju ala pahlawan Melayu berwarna merah dan tiba jam 8.50 pagi dengan ditemani sekitar 50 orang penyokong.

Iklan
Iklan

Seorang penyokongnya menjerit kepada media yang Abdul Rani yang lebih mesra dengan panggilan ayah sudah menang di media sosial.

Beliau bertanding atas tiket Bebas selepas pendaftaran Parti Barisan Penyatuan Nasional (BPN) tidak diterima oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Iklan

Menurut Abdul Rani, beliau membuat keputusan untuk terus kekal bertanding kerana arahan daripada pihak pengurusan BPN.

Abdul Rani bersalam dengan masyarakat Port Dickson yang ingin bergmabar dengannnya

"Jadi ayah terpaksa bertanding sebagai calon Bebas dan menggunakan logo pen.

Iklan

"Misi dan matlamat ayah untuk bertanding di sini, tetap sama seperti mana yang ayah pernah beritahu pada sidang akhbar sebelum ini, cuma bezanya ayah bertanding Bebas,"katanya kepada media selepas selesai penamaan calon pada Sabtu.

Menurutnya, sepanjang tempoh dua minggu berkempen, beliau akan mengadakan aktiviti 'walkabout' di lokasi tumpuan ramai dengan membawa tagline 'kipdap, don't give up'.

Jelasnya, ayat itu akan dilaungkan bagi menyeru masyarakat supaya jangan berputus asa dalam kehidupan biar pun berdepan dengan pelbagai cabaran.

"Ayat itu membawa semangat kepada ayah dan sepanjang berkempen, saya akan bawa tagline itu kerana ayat itulah yang buat ayah terkenal.

"Ayah sentiasa membawa misi itu bersama rakyat dan selama 22 tahun ayah menjadi aktivis, tak pernah gagal ayah membantu sama ada individu atau kumpulan untuk menyelesaikan masalah mereka," katanya.

Sementara itu Abdul Rani berkata, beliau tiada masalah untuk mendekati pengundi Port Dickson kerana sudah dikenali dari pelbagai peringkat usia.

Pada PRU15, Abdul Rani berdepan pertembungan lima penjuru yang membabitkan Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Aminuddin Harun, calon (BN) Datuk P.Kalamananthan, calon Pejuang, Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan calon Perikatan Nasional (PN), Rafiei Mustapha.