'Anak setinggan intai peluang di Ampang'

Iklan
Nurul Ashikin

AMPANG -"Saya lahir, membesar di Kampung Berembang, Ampang. Dahulu di Ampang dipenuhi setinggan dan saya salah seorang anak setinggan yang berjaya keluar dari kepompong kemiskinan," kata Dr Nurul Ashikin Mabahwi.

Nurul Ashikin merupakan calon muka baharu dan juga salah seorang daripada sembilan calon yang bakal bertanding di Parlimen Ampang yang disandang Datuk Zuraida Kamaruddin pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Iklan
Iklan

Walaupun perlu berdepan nama besar dalam arena politik, wanita berusia 33 tahun itu tetap yakin masih berpeluang untuk memberikan saingan kepada Zuraida dan calon-calon lain yang mempunyai pengalaman lebih luas.

"Calon terbabit ada yang sudah ada nama tapi saya lahir dan membesar di Ampang, jadi saya faham selok belok di Ampang dan kawasan Ampang ini juga adalah kawasan banjir dan tanah runtuh.

Iklan

"Walaupun mereka sudah lama berada di sini, namun saya yakin boleh menyumbang sedikit ilmu yang saya pelajari di Jepun untuk menguruskan banjir dan tanah runtuh di sini," katanya.

Lima wanita antara sembilan calon bertanding di Parlimen Ampang, dari kiri, Nurul Ashikin, Rodziah, Zuraida, Ivone Low dan Sasha Lyna.

Nurul Ashikin sebelum ini mendalami pengurusan bencana alam di 'Laboratory of Planning and Regional Resilience' di Jepun malah menulis kajian bagaimana perancangan bandar mempengaruhi kualiti udara di jurnalnya.

Iklan

Sebagai rekod, pada PRU14, Zuraida yang juga bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) memenangi kerusi Parlimen Ampang atas tiket Pakatan Harapan (PH) sebelum keluar parti ketika ‘Langkah Sheraton’.

Pada PRU15 kali ini, beliau yang menyandang kerusi Parlimen Ampang selama tiga penggal itu turut akan berdepan Rodziah Ismail (PH), Ivone Low Yi Wen (Barisan Nasional) dan Sasha Lyna Abdul Latif mewakili (Perikatan Nasional).

Lima lagi calon ialah Bryan Lai Wai Chong (Parti Warisan), Raveendra Marnokaran (Bebas), Muhammad Shafiq Izwan Mohd Yunos (Bebas) dan Tan Hua Meng (Bebas) termasuk Nurul Ashikin.