'Saya hadir sebagai peguam parti Pas bukan jadi calon'

Iklan
Fariz (kanan) memegang nombor giliran seperti yang dipegang oleh calon-calon lain sebelum dilihat keluar masuk ke dalam dewan.

DUNGUN - [DIKEMAS KINI] Kehadiran pengamal undang-undang, Datuk Fariz Irwan Mustafa ke lokasi proses penamaan calon bagi merebut kerusi parlimen Dungun menjadi tanda tanya.

Difahamkan, beliau hadir untuk mengisi borang sebagai salah seorang calon tetapi anak kepada bekas pemimpin Pas, Datuk Mustafa Ali itu dilihat keluar masuk beberapa kali dari tempat penamaan calon di Bangunan Jabatan Kerja Raya (JKR) Dungun.

Iklan
Iklan

Sementara itu, Fariz ketika dihubungi menafikan kehadirannya sebagai calon sebaliknya sebagai peguam kepada calon Pas sekiranya berlaku sebarang bantahan atau kejadian tidak diingini.

"Kita tidak bertanding dan tiada serahan borang.

Iklan

"Kita masuk dalam tu dan kalau jadi apa-apa kita akan ambil tindakan atas arahan parti.

"Kita bimbang sekiranya ada bantahan dari mana-mana parti yang boleh membatalkan pencalonan,"katanya.

Iklan

Fariz sebelum proses pengumuman calon tular di media sosial apabila dikatakan bakal dicalonkan sebagai calon PN untuk parlimen Dungun tetapi menyangkal dakwaan tersebut.