KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan berlaku insiden kekecohan di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Dewan DSP Antanom, Tenom di Sabah.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, beliau sedang menunggu laporan terperinci daripada Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah, berhubung perkara berkenaan.