Hasil jualan tiket bayar gaji pemain

Iklan
Syed Abdullah

KOTA BHARU - Kelantan Red Warriors (KRW) Sdn Bhd di bawah pengurusan baharu ‘pemain ke-12’ akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pembayaran gaji skuad Liga Premier Kelantan, bermula April hingga penghujung musim ini.

Ahli Lembaga Pengarahnya, Syed Abdullah Syed Mahmood berkata, bagi perancangan jangka pendek, pihaknya perlu bergantung pada hasil kutipan jualan tiket perlawanan bagi memastikan pemain Kelantan tidak terus dibelenggu masalah tunggakan gaji.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebagai permulaan, pihaknya menggunakan pendekatan merayu supaya penyokong hadir beramai-ramai pada pertemuan Kelantan menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam aksi Liga Premier di Kota Bharu, malam esok.

"Bawa RM15 seorang untuk kita bayar gaji pemain. Saya tak minta dengan jutawan atau menteri tetapi saya minta kepada keseluruhan rakyat Kelantan. Ini sahaja bantuan yang KRW Sdn Bhd boleh buat.

Iklan

"Duit kutipan tiket tidak akan pergi ke mana-mana, saya dah beritahu Bibi Ramjani (Ilias Khan, Presiden Kafa) dan Datuk Seri Afandi (Hamzah, Timbalan Presiden), duit ini kepunyaan pemain. Anda (Kafa) bayar sewa stadium dan kos pengurusan lain, bakinya kita beri kepada pemain,” katanya kepada Sinar Harian selepas mengadakan program bual bicara Facebook secara langsung, malam tadi.

Syed Abdullah yang juga Ketua Kelab Penyokong Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) memberitahu, pada tahun ini beliau tidak akan mengambil alih KRW Sdn Bhd sebaliknya lebih menumpu kepada usaha membantu pasukan berkenaan mengurangkan kos dan mencari sumber kewangan untuk Kafa.

Iklan

Beliau berkata, keutamaan syarikat itu sekarang adalah menjaga kebajikan pemain yang dianggap sebagai ubi muda masa depan bola sepak Kelantan selepas MyInspiration Sdn Bhd membatalkan perjanjian, baru-baru ini.

"Jangan sesiapa buat onar kepada pemain, tak kira presiden atau Exco Kafa sekali pun mereka akan berdepan dengan saya. Mereka umpama anak saya dan saya akan terus jaga kebajikan mereka,” katanya.